Memaparkan catatan dengan label petua rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua rumahtangga. Papar semua catatan

Ahad, 23 Ogos 2009

Suami boroi tanda bahagia?..

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?


JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah?. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim? dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19%
kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang卬amun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu? atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air 憐at? isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan
pemakanan sihat sekeluarga.

Sumber: rantaian email

Selasa, 9 Jun 2009

Isteri sentiasa dara.....

Petua Dari Dr. Fatimah Az-Zahra.

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas,
baca Al-Fatihah sekali,
Ayatul Qursi sekali dan
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Sumber : rantaian email

Rabu, 1 April 2009

Luahan Suami dan Isteri

Luahan Perasaan Suami terhadap Isteri.
1."isteriku, Iktitraflah kelakianku"
2."Isteriku,Jagalah Rumahku"
3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"
4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"
7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"
8."Isteriku,Hargailah pemberianku"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
11."Isteriku,Jagalah pakaianku"
12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"
13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"
15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"
16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"
19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"
20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"
21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
22"Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros"
25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
26"Isteriku,Galakkanlah Hobiku"
27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"
28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"
29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."

Luahan Isteri Terhadap Suami
1. suamiku...bimbinglah keluargamu...
2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!
3. suamiku...jagalah matamu...
4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu
5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat
6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!
8. suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10.suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11.suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.
12.suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!

Naper laki byk sgt dia punya luahan..?...Pasal dosa isteri suami tanggung..

Sumber : artikel hangat

Rabu, 18 Mac 2009

Teknik Cakaran Harimau

"Teknik cakaran harimau" yang dipopularkan oleh Ustazah Nur Baayah satu masa dahulu

1)langkah pertama- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah kedua- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....

3)langkah ketiga- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah keempat & 5)Langkah kelima- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

6) langkah enam- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah ketujuh- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)langkah 8- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami.

Sumber : isu hangat

Rabu, 11 Mac 2009

Penawar Penat oleh Rasullullah s.a.w

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar olehRasulullah s. a. w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Bagaimanapun Rasulullah s. a. w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu.

Baginda s.a.w. berkata :
"Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?

Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,

bertasbihlah(Subhanallah) 33 kali,
bertahmid(Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w.ini.

Katanya
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sangat dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membacanya pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan),

Insya-Allah

Sumber : folder koleksi mama

Khamis, 19 Februari 2009

Khasiat Peluk Isteri (untuk para bapa)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

63 Petua Bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.