Rabu, 18 Februari 2009

Resepi Kekal Langsing - untuk yang sedang berpantang

Resepi Kekal Langsing- untuk mereka yang sedang berpantang, resepi mudah nak buat, kenalah tahan makan kalau nak sihat dan cantik, (44 hari jer) kebaikan dikemudian hari...

Ikan Masin Lada Hitam
Bahannya:
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak), Lada hitam
Caranya:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau dan gaulkannya sebati.

Ikan Tenggiri Kering
Bahannya:
1 keping ikan tenggiri kering , 2 biji lada besar, 1½ biji bawang besar dihiris
Caranya:
Ikan digoreng layur bersama hirisan halia. Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur. Hidang bersama nasi panas.

Sambal Tok-tok
Bahannya:
Ikan bilis, Cili padi, Bawang
Caranya :
Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahannya:
Bawang merah, Bawang putih, Ikan bilis, Lada hitam
Caranya:
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam dan hidang bersama nasi panas.

Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahannya:
Isi ikan masin (Kurau @ Talang), 1 labu bawang besar, 5-6 tangkai cili kering,
3 ulas bawang putih, 1½ inci halia, Sedikit air asam jawa & gula
Caranya:
Tumis semua bahan yang dihiris. Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula . Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahannya:
100g ikan bilis putih
3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
1 biji bawang besar dimayang
2cm halia dimayang
6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
6 biji cili padi diketuk
Minyak
Caranya:
Goreng ikan bilis hingga ranggup, kemudian masukkan bahan hirisan.

Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahannya:
Sebiji bawang besar dimayang, Ikan bilis, Jeruk lobak, Sebiji telur, Cili mesin 1 sudu
Caranya:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis. Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

Pegaga Masak Lada Hitam
Bahannya:
Sedikit santan pekat, Lada hitam (lebihkan), Ikan bilis putih, Kunyit hidup, Halia, Garam
Caranya:
Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk. Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat. Kira OK masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

Hati Masak Limau Purut
Bahannya:
1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm hirisan halia muda
� camca ketumbar
� camca jintan manis
� camca jintan putih
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

Hati Goreng Lada
Bahannya:
600g hati lembu direbus dan dipotong
4 sudu besar lada putih
2 sudu besar serbuk rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa
� sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kunyit
2labu bawang besar
Garam/ Ajinomoto secukup rasa
1 batang daun bawang untuk hiasan
Caranya:
Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut. Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa dan taburkan hirisan daun bawang.

Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahannya:
4cm halia muda
3cm kunyit hidup
Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Caranya:
Bakar ayam/daging dengan bahan perap. Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa.

Daging Goreng Halia
Bahannya:
Daging batang pinang dihiris nipis
Halia dimayang halus
Bawang Putih diketuk
Bawang besar dihiris bulat
1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
Sedikit sos tiram
Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk
Garam/ Serbuk Perasa
Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asm jawa.

Caranya:
i) Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan
garam.
ii) Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahan
perasa mengikut kesesuaian.
iii) Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang
besar.Nak berkuah bolehlaa ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahannya:
Daging hihiris halus, Lada hitam secukup rasa, Halia, Bawang besar, Bawang putih, Sos Cili/Cili mesin, Sos tomato, Sos tiram, Kicap pekat, Garam/serbuk perasa

Caranya:
i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut
keperluan bagi memastikan daging lembut.
iii)Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut
keperluan dan juga hirisan bawang besar.

Ayam Panggang Selera Pantang
Bahannya:
Ayam
1 batang serai dititik
1 sudu jintan manis
� sudu jintan putih
1cm kunyit hidup
1cm lengkuas
1cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
garam
Air asam jawa
� cawan air

caranya:
i)Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
ii) Panggang ia, setelah OK masak
iii)Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlaa disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

Ayam Percik Chinese Style
Bahannya:
1 ekor ayam
Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Jintan Manis
Lada Hitam
Serai & Halia
Gula Melaka - dicincang halus
Lemon - diperah
Santan
Garam
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Caranya:
i)Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam. Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
ii) Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam. Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
iii) Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

Lengkuas Muda Masak Lada Merah ~ Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita @ dengan lain perkataan mengetatkan sistem kacip kak timah, gitu...

Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas, Sedikit ikan bilis, Bawang merah, Bawang Putih, Lada merah

Caranya :
Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.


Turi Masak Asam Rebus ~ Bagus Utk Menambah Susu Ibu.

Daun Turi, Ikan Bilis, Asam Keping, Bawang merah, Kunyit Hidup, Ikan Bilis, Lada merah

Caranya :
Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus. Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat

2 ulasan:

  1. June,

    Kalau untuk Bapak-bapaknya pulak nak makan apa? Kena pantang 44 hari jugak tau...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam