Ahad, 3 Mei 2009

Tips elakkan kemalangan anak2 dirumah

Panduan
1. Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di dalam bilik mandi.

2. Peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
Perabot berbucu tajam tidak sesuai rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.

3. Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.

4. Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Bekas berkunci penting kerana menyukarkan kanak-kanak membukanya

5. Elakkan mengguna pintu atau tingkap kaca kerana kanak-kanak mungkin menerpa dan tercedera.

6. Jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, pastikan ruang di antara palang tepi tangga tidak lebar sehingga boleh memboloskan kepala atau dada kanak-kanak. Jarak setiap palang mesti kurang daripada enam senti meter .

7. Elakkan mengguna buai untuk menidurkan anak berusia lapan bulan lebih kerana mereka mungkin terjatuh.

8. American Academy of Paediatric memaklumkan bahawa walker tidak selamat untuk kanak-kanak dan ia terbukti tidak membantu kanak-kanak berjalan dengan lebih cepat.

9. Pastikan rumah anda dipasang alat pengesan asap (smoke alarm).

10. Dapur perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher) untuk memadam kebakaran kecil dapur jika berlaku.

11. Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.

Sumber : Jelita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan