Khamis, 26 Mac 2009

Terapi Solat - Rawat Penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah..

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. "Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

Sumber : Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat.

Rabu, 25 Mac 2009

KANSER.

SOALAN YANG KERAP DIAJUKAN

1. Apa itu kanser?
Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satukelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar danmerebak ke anggota badan yang lain.Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan ¿mencuri¿ zatdaripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit.Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbezadaripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelasdi bawah mikroskop.

2. Apakah leukemia?
Leukemia ialah kanser sel darah putih. Ia dikategorikan 'kanser luar biasa'kerana tidak mempunyai tumor. Walaupun sel ini ada dalam darah, tetapi tidakbermakna pesakit yang menghidap kanser jenis lain akan mendapat leukemia.

3. Apa yang menyebabkan kanser?
Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel yang tidak terkawal berlakumasih tidak diketahui. Bagaimanapun, kajian mendapati ia ada kaitan dengantabiat, gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi, seperti kanser paru-parudikaitkan dengan tabiat merokok (ia sebenarnya boleh dielakkan).

4. Bagaimana kanser merebak?
Sel kanser akan membuat 'laluan' sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisulain. Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasanpermulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limfa.Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

5. Bolehkah ia diwarisi?
Secara umumnya, kanser tidak boleh diwarisi. Bagaimanapun, individu yang adasejarah keluarga mempunyai risiko, tetapi anak tidak semestinya mendapat kanser.Paling penting, sel kanser juga tidak akan menjangkiti orang lain, walaupunmelalui pemindahan darah.

6. Adakah semua tumor itu akan menjadi kanser?
Tidak. Tumor ada dua jenis: benigna dan malignan. Tumor benigna bermakna iatidak merebak dan jarang berbahaya seperti ketuat dan sista.Tumor malignan pula akan merebak ke organ lain dan membesar sendiri sehinggamenjadi barah.

7. Adakah semua kanser sama?
Tidak. Ada banyak jenis kanser yang menyerang organ badan. Sesetengah jeniskanser tumbuh perlahan, tetapi ada yang merebak cepat. Berlainan jenis kansermemberi kadar tindak balas berbeza terhadap rawatan.

8. Bolehkah kanser diubati?
Ya. Ramai penduduk Malaysia sembuh daripada kanser. Peluangnya berbeza mengikutjenis kanser, tetapi lebih awal ia dirawat peluangnya untuk sembuh lebih tinggi.

9. Bolehkah ia dikesan awal dan dirawat?
Ya, jika pesakit tahu tanda awal dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaikmenyedarinya. Namun, kebanyakan orang mengabaikan tanda awal ini sehinggapenyakit sudah merebak ke peringkat berbahaya.

10. Apakah tanda amaran kanser?
Senarai di bawah hanya tanda umum. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh munculbersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara. Pun begitu, sebaikmenyedari tanda ini, segera jalani pemeriksaan kesihatan.. Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.. Pigmen atau ketuat yang semakin membesar, jadi hitam dan berdarah.. Ketulan pada buah dada.. Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).. Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.. Air kencing berdarah.. Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.. Sakit tekak dan batuk berpanjangan.. Sukar menelan makanan.

11. Adakah kanser boleh menyerang tanpa tanda?
Ya. Dalam kebanyakan kes, kanser tidak menyebabkan sakit pada peringkat awal. Iamenyerang dalam diam. Sakit hanya dirasai apabila kanser sudah merebak daninilah sebabnya segera berjumpa doktor sebaik tanda awal dikesan dan jangantunggu hingga sakit.

12. Adakah wanita dan lelaki mempunyai risiko sama diserang kanser?
Tidak. Secara keseluruhannya, lelaki lebih ramai mendapat kanser.

13. Apakah jenis kanser yang kerap menyerang lelaki dan wanita?
a. Wanita: Kanser payudara, serviks, kolon, ovari, leukemia dan paru-paru.Kanser payu dara ialah insiden paling kerap membabitkan 30.4 peratus daripadasemua jenis kanser di kalangan wanita.
b. Lelaki: Kanser paru-paru, prostat, nasofariks, usus, leukemia dan rektum.Kanser paru-paru menunjukkan insiden paling tinggi iaitu 13.9 peratus bagi semuajenis kanser yang menyerang lelaki.

14. Wujudkah 'zon umur bahaya' dan adakah kanser juga mempunyai ciri ini?
Secara amnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira berapa umurmereka. Bagaimanapun, ia biasanya berlaku pada orang dewasa, terutama selepas 40tahun. Jadi ketika ini, jika ada tanda awal kanser, segera berjumpa doktor.Bagi wanita pula, buat pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan (beberapa hariselepas habis haid) dan ujian pap smear (jika mempunyai kehidupan seks aktif)sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

15. Bagaimana kanser dirawat?
Rawatan awal penting kerana kebanyakan kanser merebak cepat. Ada beberapa kaedahrawatan iaitu:
a. Pembedahan.
b. Radioterapi (menggunakan radiasi tinggi seperti sinar-X, sinar gamma, radiumatau bahan radioaktif).
c. Ubat antikanser.
d. Hormon - kadangkala beberapa hormon digunakan serentak, bergantung kepadajenis kanser.

Kemoterapi bermakna menyuntik atau memberi ubat yang akanmemusnahkan sel kanser tertentu kerana sesetengah sel kanser boleh dikawalmenggunakan hormon.Secara amnya, pembedahan bertujuan membuang semua sel kanser di tempat terbabitdan disusuli radioterapi sinar X atau gamma untuk memusnahkan tumor yang bolehmenjadi kanser.

16. Bolehkah kanser dielakkan?
Dalam sesetengah kes, kanser boleh dielakkan. Contohnya, 90 peratus kes kanser paru-paru boleh dielakkan jika tidak merokok. Kajian saintis menunjukkan 80peratus daripada semua jenis kanser disebabkan faktor luaran.

SUMBER: Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Ahad, 22 Mac 2009

Khasiat Black seed / Bijian hitam / Nigella sative / Habbatus sauda / Jintan India

Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda.

1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan :
monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
amino acid yang membentuk protein
karotene iaitu sumber vitamin A
kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Sumber : forum farmasi

Khasiat air liur basi...

Saintis akui khasiat air liur basi.
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi, mengandungi beberapa bakteria termasuk jenis baik yang membantu proses penghadaman makanan.
Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rokiah Mohd Yusof, berkata antara bakteria baik ialah lactobacillus dan bisido bacteria yang berkhasiat mencerna sistem tubuh manusia.Beliau menyarankan seseorang itu menggosok gigi setiap kali sebelum tidur bagi mengurangkan bakteria yang tidak baik berkumpul di dalam mulut."
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun pagi akan masuk ke bahagian usus kecil untuk tujuan penghadaman sebelum berkumpul di dalam usus besar.
Dr Rokiah berkata, air liur juga mengandungi enzim yang boleh menghadamkan karbohidrat dan jika ditelan akan membantu memudahkan makanan memasuki saluran tekak.

Berkesan juga bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit..
sumber : forum farmasi

Jumaat, 20 Mac 2009

Membuka pintu rezeki.

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Sumber : rantaian email